mahu kau jadi sepertinya bumi,
yang setia berputar pada paksinya
yang tak akan lari sehingga titahNya.
mahu kau jadi sepertinya bulan,
yang bisa terangi aku tika kelam malam
yang akan temani hingga siang.
mahu kau jadi sepertinya langit,
yang teduh aku dari terik,
pekik matahari.
mahu kau jadi sepertinya air,
yang tak pernah jemu menghilangkan dahaga
yang tak akan pernah jemu membersihkan luka.