lelaki itu,
aku sanjung tinggi, tak pernah lokek kasih dan sayang,
tak pernah sedikit pun terlintas perasaan benci.
terngiang ngiang suara itu,
aku terlalu rindu.
mahu aku peluk tubuh tua itu,
cium dahi kerut itu.
kalau lah aku lekas pulang,
raya ini bukan raya yang dulu dulu,
terlalu sayu rumah itu,
tiada suara mengejut lekas sembahyang raya,
tiada suara yang memanggil manggil.
Ya Rabb aku tidak bersedia untuk kehilangan dia.
Ya Rabb aku tidak bersedia untuk kehilangan dia.
Yang paling aku manja, yang selalu aku mengadu.
tuhan jaga dia di bawah sana.
11/10/2013 8.45a.m;
pulangnya dia ke rahmatullah.
al-fatihah.
al-fatihah.