Pages

Aku pilih jalan yang ini

Perjalanan sempit
Penuh liku
Penuh duri
Kelam dan hitam
Kadang goyah
Kadang terjatuh

Luka, sembuh, luka kembali
Menjadikan parut penuh

Aku pilih jalan yang sama
Walau hati menjerit berhenti
Mencari jalan yang mungkin mudah
Yang tak sentiasa susah

Kerana,
Percaya yang dihujungnya ada bahagia
Ada pelangi ada matahari
Aku pilih jalan yang ini.

Jika penghujungnya jalan mati
Mungkin syurga ternanti--
Al-fatihah