Pages

bicara3; kau kata tapi kau dusta

kau kata kau cinta tapi kau pura
aku ada bila kau sepi
aku hilang bila kau gembira

aku hanya patung mainan
yang ada mata yang ada kaki
tiada hati, tiada perasaan
yang diguna hanya sementara
dicari apabila hiba
dibuang bila suka
habis lupa semua dulu kala

aku bukan sampah
dibuang, dihina
aku punya satu hati
yang dalam mahu ada bahagia
dan kali ini kau pergi
jangan berani kau datang lagi
kerna aku benci bila kau kata 
kau cinta tapi kau dusta.