Pages

habis semua air mata

kalau dihimpunkan semua air mata,
habis penuh bergelen-gelen tong dengan air mata,
kau tahu kenapa?
kerana kau yang aku cinta,
dusta berkata-kata.

mata aku hampir lebam,
biru. hitam.

orang tanya " kau kenapa? "
aku kata;
percaya pada kata-kata laki yang dusta,
yang cari aku hanya sementara.

kau tahu aku terluka?
ah, buat apa difikirkan perasaan aku.
siapa suruh kau percaya
hanya untuk diguna-guna sahaja.

bodoh sahaja aku percaya pada kata-kata laki yang tak guna.
mahu saja terbalikkan waktu
supaya tidak kenal kau yang gila
menipu pada yang setia.